Wednesday, June 30, 2010

hari pendaftaran.

assalamualaikum. hari ini, 30 Jun 2010. sudah setengah tahun 2010 kita lalui. alhamdulillah, Allah masih memberi kita ruang untuk bernafas lagi. hari ini juga aku ke Kolej Poly-Tech MARA, KL. kolej dimana aku menuntut. aku kesana untuk menguruskan pendaftaran untuk semester 3. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. tidak perlu menunggu terlalu lama seperti semester lepas. masa disana ada juga bertemu dengan rakan-rakan yang belajar bersama. mereka cakap aku dah nampak matang. rasa kelakar pula. huhu. aku pula seolah-olah menafikan perkara tersebut, dan aku menyatakan bahawa aku dah gemuk. tapi mereka membidas kembali dan menyatakan bahawa badan aku kini sesuai dengan ketinggian aku. ouh, terharu i. ahaks. selesai pendaftaran aku terus bergegas pulang. nak mengemas rumah pula. hehe. :)

No comments: