Thursday, June 24, 2010

cinta tak perlu sebab.!

aku tidaklah sehebat mana-mana pencinta. yang sanggup redah lautan api dan pelbagai lagi. aku hanya insan biasa yang tak bisa menjanji apa-apa yang hebat. lagi pula aku tidak mencintai sesiapa dikala ini. hanya sepi menemani diri. oh, keluarga dan juga teman ada disisi. berbalik pada tajuk. cinta tak perlu sebab! mengapa aku mengutarakan perkara ini.? bukankah cinta itu buta.? persoalan ini seharusnya anda boleh jawab sendiri. ya. anda boleh peroleh jawapan itu sendiri. baiklah, saya akan senaraikan beberapa sebab kenapa orang bercinta. pertama, KECANTIKAN/KEKACAKKAN. ramai yang menjadi gila jika bercinta dengan kekasih pujaan hati yang hensem or chantek gler. tapi harus di ingat, keindahan sesuatu benda tak akan berkekalan! cuba bayangkan, anda bercinta dengan si dia kerana keindahan yang dimilikinya, tiba-tiba keindahannya hilang diragut usia atau kemalangan yang menimpa. masihkah ada cinta jika keindahan yang anda puja telah hilang buat selamanya.? masihkah.? kedua, KESOPANAN. anda bercinta kerana sopannya dia. bagaimana jika dia bertukar menjadi seorang yang panas baran dan buas.? ketiga, KEROMANTISAN. sukanya anda bila memiliki kekasih yang romantis, yang sentiasa belai anda sepanjang masa. tapi bagaimana jika si dia bertukar menjadi seorang yang tidak punya perasaan, bila anda ingin bermanja diendahkan olehnya, apa yang anda rasa.? keempat, KEKAYAAN. ah, sudah anda tahu, wang tidak menjanjikan apa-apa. memang harta itu penting. namun harus berpada. kalau dia tidak kaya lagi, anda berminat lagi.? ini adalah sebahagian sebab orang gagal dalam percintaan. bercinta kerana... ada sebab. sedangkan cinta tidak memerlukan sebab, kerna ia lahir dari hati yang tulus suci. moga kita peroleh cinta yang sejati.

p/s : jika ada sebarang komen, sila nyatakan. saya masih perlukan pendapat mengenai cinta. :)

No comments: