Wednesday, June 30, 2010

hari pendaftaran.

assalamualaikum. hari ini, 30 Jun 2010. sudah setengah tahun 2010 kita lalui. alhamdulillah, Allah masih memberi kita ruang untuk bernafas lagi. hari ini juga aku ke Kolej Poly-Tech MARA, KL. kolej dimana aku menuntut. aku kesana untuk menguruskan pendaftaran untuk semester 3. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. tidak perlu menunggu terlalu lama seperti semester lepas. masa disana ada juga bertemu dengan rakan-rakan yang belajar bersama. mereka cakap aku dah nampak matang. rasa kelakar pula. huhu. aku pula seolah-olah menafikan perkara tersebut, dan aku menyatakan bahawa aku dah gemuk. tapi mereka membidas kembali dan menyatakan bahawa badan aku kini sesuai dengan ketinggian aku. ouh, terharu i. ahaks. selesai pendaftaran aku terus bergegas pulang. nak mengemas rumah pula. hehe. :)

Sunday, June 27, 2010

nak tengok wayang ke apa.? adoi.

aku ni kira kaki wayang la gak. suka menonton wayang jika ada kesempatan. aku paling suka bila tonton wayang bersama penonton yang sporting. maknanya, mereka seolah-olah menghayati cerita itu. itu yang paling aku suka. tapi ada lah juga beberapa makhluk Tuhan yang bikin panas je. bayangkan nak kita nak menghayati boleh pula mereka kritik lebih-lebih, cakap kuat-kuat pula tu. memang GERAM sangat la. macamlah dia saja yang bayar tiket wayang tu. kalau nak kritik pon, kritik la bila dah keluar dari panggung wayang tu.  macam tak boleh saja. kalau tak ingat, tulis apa yang tak puas hati, kemudian luahkan bila cerita tu dah habis. ada ke patut time aku nak feeling sedih-sedih, boleh pula berbual-bual. ish! pergi kedai mamak la kalau nak berbual. kalau tak suka sangat dengan cerita tu, keluar je dari panggung wayang tu la. senang cerita. huh. geram, geram, geram.!

Friday, June 25, 2010

Sonnet 18 (by William Shakespeare)

shall I compare thee to a summer's day?
thou art more lovely and more temperate.
rough winds do shake the darling buds of May.
and summer's lease hath all too short a date.
sometime too hot the eye of heaven shines,
and often is his gold complexion dimm'd;
and every fair from fair sometimes declines,
by chance, or nature's changing course, untrimm'd;
but thy eternal summer shall not fade
nor lose possession of that fair thou ow'st;
nor shall Death brag thou wand'rest in his shade,
when in eternal lines to time thou grow'st.
so long as men can breathe, or eyes can see,
so long lives this, and this gives life to thee.

can someone read this to me.? I'm just love it. :)

Thursday, June 24, 2010

cinta tak perlu sebab.!

aku tidaklah sehebat mana-mana pencinta. yang sanggup redah lautan api dan pelbagai lagi. aku hanya insan biasa yang tak bisa menjanji apa-apa yang hebat. lagi pula aku tidak mencintai sesiapa dikala ini. hanya sepi menemani diri. oh, keluarga dan juga teman ada disisi. berbalik pada tajuk. cinta tak perlu sebab! mengapa aku mengutarakan perkara ini.? bukankah cinta itu buta.? persoalan ini seharusnya anda boleh jawab sendiri. ya. anda boleh peroleh jawapan itu sendiri. baiklah, saya akan senaraikan beberapa sebab kenapa orang bercinta. pertama, KECANTIKAN/KEKACAKKAN. ramai yang menjadi gila jika bercinta dengan kekasih pujaan hati yang hensem or chantek gler. tapi harus di ingat, keindahan sesuatu benda tak akan berkekalan! cuba bayangkan, anda bercinta dengan si dia kerana keindahan yang dimilikinya, tiba-tiba keindahannya hilang diragut usia atau kemalangan yang menimpa. masihkah ada cinta jika keindahan yang anda puja telah hilang buat selamanya.? masihkah.? kedua, KESOPANAN. anda bercinta kerana sopannya dia. bagaimana jika dia bertukar menjadi seorang yang panas baran dan buas.? ketiga, KEROMANTISAN. sukanya anda bila memiliki kekasih yang romantis, yang sentiasa belai anda sepanjang masa. tapi bagaimana jika si dia bertukar menjadi seorang yang tidak punya perasaan, bila anda ingin bermanja diendahkan olehnya, apa yang anda rasa.? keempat, KEKAYAAN. ah, sudah anda tahu, wang tidak menjanjikan apa-apa. memang harta itu penting. namun harus berpada. kalau dia tidak kaya lagi, anda berminat lagi.? ini adalah sebahagian sebab orang gagal dalam percintaan. bercinta kerana... ada sebab. sedangkan cinta tidak memerlukan sebab, kerna ia lahir dari hati yang tulus suci. moga kita peroleh cinta yang sejati.

p/s : jika ada sebarang komen, sila nyatakan. saya masih perlukan pendapat mengenai cinta. :)

Tuesday, June 15, 2010

anak buah baru..

sudah lama juga aku tidak menulis, mana tidak, aku agak sibuk saja dan kurang sihat juga. sekarang makin okay la juga. haha. okay, kakakku selamat melahirkan anak sulungnya hari ahad, 13 June 2010 pada jam 2315. dua-dua okay dan sihat, sekarang dah ada kat rumah. alhamdulillah. bayi tersebut dengar-dengarnya mahu bagi nama Alamkhir, kalau tak salah aku la. huhu. unik sungguh. sangat comel bayi yang berat ketika lahir 3.05. wah, besar la juga. huhu. sangat gembira pabila bilangan ahli keluargaku bertambah, bayi comel ini merupakan anak buah yang ke-6 aku. huhu..

Tuesday, June 8, 2010

putihnya lukisan - meet uncle hussain

Oh dunia
penuh dengan derita
ada suka
ada juga dukanya
yang di sana sedang menakluk dunia
yang di sini ditimpa malapetaka

Oh dunia harini
oh sedihnya
oh tanah dijajah lagi
oh kejamnya

*
Jika ku seorang pelukis
akan ku warnai dunia
denga warna putih
agar tiada gelap
lukisannya ow oh oh oh

Oh manusia
tak ku mengerti sifatnya
ada mulia
ada juga kejinya
yang si tua berbalahkan kuasa
yang simuda mengacukan senjata

Oh maruah dijual beli
oh murah nya
oh bumi terbelah lagi
oh bencana

ulang (*)

oh oh oh oh oh oh


lagu nie sesuai untuk zaman sekarang ini, kekejaman, kekacauan, penindasan, kedukaan, itulah realiti masa kini.

Sunday, June 6, 2010

antara khilaf dan ajaran.

buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan..


itulah pantun yang sesuai ditujukan untuk semua dari saya. ye, saya masih lagi belajar. belajar dalam menulis entri yang sesuai untuk di'post' di blog saya ini. belajar untuk menimba ilmu didunia ini. belajar untuk memahami diri sendiri. belajar untuk dunia dan akhirat. insyaAllah. masa ini lah saya pasti akan melakukan kekhilafan. satu perkara yang tidak pernah lepas oleh manusia. melakukan kesalahan adalah suatu perkara yang sering terjadi. sebagai manusia kita harus belajar dari kesalahan. bukan setakat belajar dari kesilapan diri, tapi kesalahan orang lain juga kita bole jadikan teladan dan pengalaman. maka disitu kita sudah belajar juga. usah bongkak dalam perjalanan mempelajari dari kekhilafan. kita semua insan biasa *wah, macam tajuk lagu pula*. pelajarilah dari kekhilafan.