Sunday, May 30, 2010

result dan kenangan.

aku ingin menulis mengenai dua perkara diatas.

tiba-tiba aku takut. ya, takut. kenapa? kerana result yang bakal keluar 10 jun nanti. bagaimana la result aku nanti. semester ini aku rasa agak banyak enjoy, maksudnya selalu keluar. mana tak asyik nak keluar, duit elaun ada. boleh dikatakan hampir setiap minggu aku keluar. kelas habis tengahari, maka selepas kelas terus ke LRT, menuju destinasi di Kuala Lumpur ini. pembelajaran pula aku rasa biasa-biasa saja, tapi aku benar-benar risau. harap-harap dapat result yg okay. AMIN.

kenangan. kenangan merupakan perkara yang berlaku pada masa silam kita. masa silam adalah perkara yang telah terjadi. tiba-tiba aku teringat kenangan-kenangan yang berlaku masa sekolah menengah dahulu. ketika aku mula menjejakkan kaki ke sekolah, kelewatan masuk ke kelas, kenakalan bersama rakan-rakan, suka duka yang ditempuhi, pengalaman kali pertama bercinta dan pelbagai lagi lah. tak dinafikan aku merindui zaman sekolahku, terutamanya kenangan-kenangan manis yang berlaku. ingin ku ulang semula segalanya, namun apa daya, ku tak punya apa-apa kuasa. syukurlah aku masih mempunyai memori untuk mengingati segala yang berlaku ini.

maaflah mencampur-adukkan dua cerita. aku cuma teringat saja. maaf. :)

No comments: