Sunday, May 30, 2010

result dan kenangan.

aku ingin menulis mengenai dua perkara diatas.

tiba-tiba aku takut. ya, takut. kenapa? kerana result yang bakal keluar 10 jun nanti. bagaimana la result aku nanti. semester ini aku rasa agak banyak enjoy, maksudnya selalu keluar. mana tak asyik nak keluar, duit elaun ada. boleh dikatakan hampir setiap minggu aku keluar. kelas habis tengahari, maka selepas kelas terus ke LRT, menuju destinasi di Kuala Lumpur ini. pembelajaran pula aku rasa biasa-biasa saja, tapi aku benar-benar risau. harap-harap dapat result yg okay. AMIN.

kenangan. kenangan merupakan perkara yang berlaku pada masa silam kita. masa silam adalah perkara yang telah terjadi. tiba-tiba aku teringat kenangan-kenangan yang berlaku masa sekolah menengah dahulu. ketika aku mula menjejakkan kaki ke sekolah, kelewatan masuk ke kelas, kenakalan bersama rakan-rakan, suka duka yang ditempuhi, pengalaman kali pertama bercinta dan pelbagai lagi lah. tak dinafikan aku merindui zaman sekolahku, terutamanya kenangan-kenangan manis yang berlaku. ingin ku ulang semula segalanya, namun apa daya, ku tak punya apa-apa kuasa. syukurlah aku masih mempunyai memori untuk mengingati segala yang berlaku ini.

maaflah mencampur-adukkan dua cerita. aku cuma teringat saja. maaf. :)

Saturday, May 29, 2010

kurus salah, gemuk pun salah? ape masalah?

ceritera ini berkaitan dengan aku, ya, aku. eh, minah nie gemuk ke? mesti korg tertanya2 kn? ermm.. tak de la gemuk sangat. tapi aku pernah menjadi kurus suatu ketika dahulu. ya, itu mmg benar. ketika sekolah menengah, ketinggian aku 158 cm dan berat aku pula 46, BMI underweight. memang kurus, sampaikan kawan2 aku menggelarkan aku sebagai TULANG! ada ke patut nampak anjing dorg nak baling aku gara-gara nak confirm kan binatang tu adalah anjing. yelah, aku kan tulang dan anjing pula sukakan tulang, maka itulah yang bermain diminda mereka yang nakal! haishhh.. sekarang, aku da 19 tahun. bila member2 jumpa je, mereka akan cakap, eh, amie, ko da gemok la, ko da berisi la. ya, memang aku akui, aku sudah berisi. ketinggian aku 161 cm manakala berat pula 55 kg.. ha, amek kau.. tapi tak pe la, memang aku impikan berat cam tu, sesuai la dengan ketinggian aku, yang paling penting BMI aku NORMAL! yeah.. tu yang best nye. tak kisah la orang nak kata aku gemuk or whatever, aku selesa dengan tubuhku sekarang, cuma perlu berjaga dan terus menjaga.. hehe.. pape pon ape yang penting ialah KESIHATAN, mudah2 an aku dapat menjaga kesihatan ku ini, tak mahu la ada sebarang penyakit, minta dijauhkan.. oh, ada lagi satu yang penting, KEGEMBIRAAN! ya, itu juga. bila gembira dan ceria semua pun senang saja. hehe..


besar-besar aje! :))

Friday, May 28, 2010

cari ketenangan



Cari ketenangan by achik & nana.

Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan

Apa yang terjadi
Itu semua lumrah hidup di dunia
Kadang bergembira
Kadang terseksa

Mengapa masih begini
Sukar untuk dilupakan
Jiwa semakin terganggu
Dan terseksa

Chorus
Haruskah aku
Bermain dengan perasaan yang terluka
Adakah ku masih cinta
Atau pun hanya merindu

Walau ku tahu
Kita sudah tidak bersatu hati lagi
Mungkin ini akibatnya
Cinta pertama buatku

Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan

Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan


aku rasa lagu ini mempunyai makna yang sungguh mendalam, bagi diriku ini. bait-bait nya penuh isi yang ketara menunjukkan diriku. ohh, emosi terlebih. lagu ini memang best! :)